Tanggal 17 febuari 2015 berakhir lah hubungan aku dengan si dia.. Amat memeritkan, amat memilukan, amat menduka cita.. orang yang aku sayang, orang yang aku sanjung, orang yang aku amat percayai, hancurkan harapan aku, tinggalkan aku dengan begitu mudahnya tanpa ada belasan kasihan, tanpa memikirkan perasaan aku yang sakit. Ya Allah, begitu sakitnya aku pada waktu itu. Dugaan bertalu talu datang, sakit aku pada ketika itu tidak sempat lagi sembuh ditambah lagi sakit yang datang. begitu lemahnya aku. Aku tidak kuat, Aku tidak berdaya lagi pada waktu itu, hanya yang aku tahu adalah menangis.Menangis mengenangkan nasib diri yang malang, menangis kerana rasa diri seperti orang yang diperbodohkan.
Tiada lagi perkataan "bb", tiada lagi perkataan "syg". Sebagai kawan pon tiada lagi. Hubungan kami begitu terputus. Yang tinggal hanya sisa kenangan kami ketika sewaktu bersama. Kenangan terindah waktu keluar berdua. Pergi Pacific, Sunway, Bukit Bendera, Gurney, Padang Kota dan sebagainya.
Kenangan itu hanya mampu ku simpan dengan sebaik mungkin kerana dia lah org pertama yang betol2 buat aku happy, dia lah orang pertama yang btol2 aku sayang,dia lah org pertama yang buat aku betol2 percayakan dia.. semua tentang dia. Tetapi, dengan mudahnya dia hancurkan kepercayaan aku. Aku pasrah, aku redha, dan aku menyerah, kerana siapalah aku hendak pertikaikan apa yang terjadi.
Mungkin dia bukan jodoh aku, boleh jadi jugak mungkin dia jodoh aku. Hanya tuhan sahaja yang tahu semua itu. Menangis air mata darah sekali pon kalau tuhan tetapkan begitu, begitu lah jadinya.
Hubungan yang diharap kekal lama, hancur dengan begitu mudah tanpa mengenakan alasan yang kukuh dan munasabah.Redha dengan apa yang terjadi. tinggal lah aku kalau itu yang membuat kau bahagia, aku hanya mampu berdoa semonga kau bahagia di samping orang yang tersayang. Jadi lah insan yang berguna pada semua orang. Sebab aku tau, dan aku sedar aku hanya akan membawa malang kepada engkau, walaupun sakit teruk mana pon aku, aku kena tabah and aku pon terpaksa rela kan hati aku untuk kau lepaskan aku.
sebagai kata terakhir, ingin aku memohon ampun dan maaf jika selama perkenalan kita aku ada terkasar bahasa, membuat kau tergores hati n sebagainya. Hidup diluar sana banyak halangan banyak dugaan, semoga kau kuat untuk tempuhi semua hanlangan dengan tabah dan ikhlas.Jaga diri, jaga maruah, buat yang terbaik untuk kehidupan. Doa aku sentiasa mengiringi kau kerana sayang aku terhadap kau takakn pernah terpadam, Hanya mampu berdoa, semonga Allah satukan kita pada masa hadapan. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment