Butang Follow

SESUNGGUHNYA KUNCI KEBAHAGIAAN SESEORANG HAMBA ADALAH JIKA DIA MAMPU BERSYUKUR ATAS KURNIA-NYA, BERSABAR ATAS CUBAANNYA DAN BERTAUBAT ATAS DOSANYA

Perempuan.

if you found a girl and you really love her, you cant't be selfish. Tbh, girls are very demanding. All you need to doiss listen her stories, understand her problems, get to know her weaknesses and most important be honest all the time. Kill your ego by saying "Sorry sayang salah I" eventhough kau tahu it's not your fault. You know why you have to tell her that? Sebab perempuan lagi kau nak menang lagi dia rasa dia yang betul. By saying that, akan buat dia sedar actually salah dia. Kalau dia tak sedar kau cakap je semua tu salah kau dulu. Bila dia dah cool down kau kena pandai approach la dia. Ajar dia apa betul, apa salah. What do you expect dia nak change to someone better kalau kau tak pernah ajar dia?
Memang dah diciptakan perempuan lagi lemah dari lelaki. Kau nak dia, nak sayang dia. Fahamlah sikit bila dia manja, bila dia merajuk, bila dia period, faham bendul dia. Perempuan ini memang logiknya tak boleh hidup sorang sorang. Sebab tu Allah ciptakan kita semua berpasang-pasangan. Jangan puji perempuan lain dekat dia. Level of insecurity perempuan ni tinggi. Dia akan rasa insecure sebab dia rasa dia tak cukup cantik untuk kau dan jangan terkejut bila dia tukar the way she dresses. Itu semua sebab dia nak tarik perhatian kau. Treat dia macam princess walaupun kadang-kadang kau rasa itu melampau. Tapi itulah hakikatnya. Perempuan ini memang manja. Tapi janganlah manjakan dia sangat. Kalau kau kenal dia kau mesti tahu batas-batas dia. Kena law of scarcity.
Lastly, memang banyak perempuan lagi lawa dan lagi baik dari dia yang kau boleh pilih. Tapi kau kena ingat juga, lagi ramai lelaki yang sweet, handsome yang nak jaga dia lebih baik daripada kau jaga dia. Tapi dia pilih kau juga daripada banyak-banyak lelaki . When you feel like giving up on her, remember when you two first met and your efforts to get her like you in the first place. Kau ingat balik semua yang kau dengan dia dah buat and macam mana kau buat dia suka kau. Kau belikan dia bunga, belanja dia itu ini bagai. Ingat semua tu. So appreciate her guys. don't lose her because of your ego. It ain't worth it. Kau mungkin dapat someone better than her but one thing for sure you won't get someone like her. Bila dah tak de nanti baru kau tahu sebenarnya she has something special yang kau tak akan jumpa dalam mana-mana perempuan sampai bila bila and benda tulah yang kau longing sampai bila-bila. Jangan bila dia dah pergi dari hidup kau, baru kau nak rindu cara dia belai rambut kau, cara dia senyum bila tengok kau, cara dia manja dengan kau. Make her feel special sementara masih sempat. Kau mesti tak sanggup nak dia happy sebab orang lain kan?? 
So fikir lah betul-betul.
#smile

HABIS SUDAH SEM 2

Alhamdulillah selesai sudah final exam untuk semester 2. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kesihatan yang baik untuk aku menyempurnakan semester 2 dengan jayanya. Terima kasih kepada lecture yang sudi mengajar semasa semester dua ini iaitu Puan Suhaila, Puan Rasma, Cik Salbiah, Puan Eriyawaty, Puan Sulliatie, Puan Sharifah Nurul Huda, Sir Hafizol dan akhir sekali Puan Hazleena sebagai PA kami untuk semua semester. Hasil usaha semua lecture ni lah aku dapat tamatkan semester dua tanpa ada sebarang masalah.
Sehari selepas exam, tak tau nak buat apa so dengan rela hati datang lepak Mcd dengan minah senget arma ni. Seharian di Mcd tak terasa apa. Kalau duduk rumah ni mau kami berdengkur tido. So untuk mengelakkan daripada kami tido sepanjang hari , baik kami habiskan masa untuk kami date dua. Sorry apek. aku pinjam awek hang sat nah. Ajak lepak sebelum aku balik Sungai Petani and arma balik Sungai Buloh untuk cuti semester selama dua bulan. Mesti rindu gila kat semua housemate yang gila-gila ni. 
Cuti Semester selama dua bulan. Yang aku tau apa yang aku rancang tak akan menjadi. Rancang nak kerja, tapi ayah dah warning siap-siap dah kena amik lesen kereta bagi lepas dulu baru boleh kerja. So gaji aku hanya kan dapat untuk sebulan ja lah, sebab komfom-komfom lah aku dapat keja sebulan ja.. Hmm apa pon redha la.. Bagi dapat lesen kereta lepastu  kerja, lepastu masuk poli balik, Tak yah fikir pasal lesen keta dah lepas ni.
Apapon cuti ni harap dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Harap tak buat kerja yang sia-sia. and harap juga cuti kali ni menyeronokkan dan tak membosankan dari cuti-cuti yang sebelum ni.
That alls.Thanks
#Smile

Selesai Final Projek

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia buat semua. Alhamdulillah selesai sudah perbentangan final projek untuk semester ini. Setelah bertungkus lumus menyiapakan nya selama 5 minggu akhirnya selamat sampai di tangan lect. Game kami yang dibuat secara berkumpulan seramai dua orang yang terdiri daripada Nur Khairun Nisa Binti Ariffin DAN seorang kawan aku iaitu Fasehah Arma Binti Mohd Rasid yang bertajuk MIKEY AND CHEESSE.  Game kami tak dak lah sehebat budak-budak kelas yang gempak. Game kami hanya biasa biasa, cukuplah kalau game kami dapat run tanpa ada sebarang error. Kalau buat game gempak gempak pon, bila pegi present depan lect tak dapat nak run tak guna jugak kan. Biar game simple asalkan dapat run dengan baik. 
Kritikan demi kritikan yang kami terima kami harungi dengan tabah untuk menyiapkan game ini. Malah ada yang iri hati , dengki , hati busuk, jeles dan sebagainya dengan mengatakan game kami dibuat oleh budak lelaki. Padahal hanya meminta sedikit pertolongan dari budak lelaki tersebut. Orang selalu kata, tak tahu tanya, dah kami taktau kami tanya la budak laki yang tau, yang hang jeles kenapa?? awat game hang tak siap?? game hang tak dapat run?? ka hang jeles kami rapat ngan budak laki tu??Hmm...mulut orang mana kita boleh tutup. Namun ada yang salah anggap yang mengatakan semua game kami budak lelaki tersebut yang buat. Sapa tak hangin bila game yang buat sendiri dengan bertungkus lumus hasil usaha sendiri dikatakan orang lain yang buat. Itu fitnah !! bawa bawa lah taubat noh. Sebelum kata kat orang tu, siasat dulu. Takot sia-sia ja dapat dosa free.
Tapi kata-kata hang kami buat sebagai angin yang lalu sahaja. biar lah hang nak kata apa pon kata kami. Kata lah selagi mampu.













'












 Terima kasih aku ucapkan kepada rakan seperjuang kerana hasil usaha kita bersama tanpa ada sebarang pergaduhan kita dapat menyiapkan final projek kita dengan baik. Harap untuk sem yang seterusnya dapat bekerjasama lagi untuk membuat final projek.Tetapi tak tau lah kalau ada yang tak bagi kita bekerjasama lagi. Apapon tengok lah sem yang seterusnya. 

#Smile

Rindu




Huhh.. Hari-hari mengeluh. Biasa lah kan manusia, mengeluh ja tau. Hmm tak tau nak cakap apa, tak tau nak tulis apa, tak tau nak karang apa, yang aku tau sekarang ni aku rindu. Rindu seseorang yang pernah aku sayang, rindu seseorang yang aku masih sayang. Rindu sangat sangat hanya Tuhan saja yang tau bertapa rindu nya aku pada insan tersebut. Hati kuatkan lah, diri kuatkan lah untuk tempuhi segala dugaan. Diri ini hanya mampu menangis dan terus menangis untuk meratapi insan yang amat aku rindui. Tak dapat nak ungkap dengan lebih mendalam kerana hanya diri ini sahaja yang mampu mengerti apa yang dirasai. Why must be like that. Hmm tak tau lah apa nak jadi kat aku. Aku berharap sangat insan yang aku rindui itu merasa seperti mana yang aku rasa. Sakit nya menanggung rindu. Perit Perit and Perit. Cerita lah kat sesiapa sekali pon, mereka tetap tidak akan memahami. Hidup ini menderita kerana Rindu yang menghantui. Apa pon semonga Tuhan sampaikan rindu aku buat si dia yang sangat aku rindui. AMIN.




Uhibbuki Fillah

Salam satu Malaysia. Nak cerita la pasal kawan. Kawan, Kawan adalah orang yang mewarnai kehidupan aku sewaktu berjauhan dengan keluarga. Banyak yang aku lalui sepanjang aku belajar di IPTA sama ada suka atau duka adalah semuanya bersama kawan. Di IPTA ni lah aku banyak mengenali pelbagai jenis ragan manusia. Ada yang boleh buat KAWAN dan ada yang boleh buat LAWAN. Itu lah manusia, hasrat dengki dalam diri tak pernah luput dalam diri.
THROWBACK 18 march 2015, dengan rela hati meminta kawan-kawan sepejuangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti Bunny Rush anjuran Politeknik Metro Tasek Gelugor yang dibuat  oleh senior senior untuk melengkapi markah mereka dalam minggu Pengajian Am. Amat menyeronokkan lagi apabila aktiviti yang kami join hanya untuk suka-suka telah memdapat tempat KEDUA. Seronok ! seronok! seronok! Hanya Tuhan saja yang tau betapa happy nya kami.






Happy always. Terima kasih kepada kawan kawan kerana hasil usaha semangat berpasukan kita dapat hadiah. Apa pon harap selepas ni kalau ada aktiviti macam ni lagi kita dapat join lagi, sebab dari sini kita dapat mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

#smile

FINAL EXAM AROUND CORNER


Ehem ehem. nak bagitau lah kan, final exam tinggal berapa hari ja lagi, tapi aku di sini masih lagi berseronok, masih lagi goyang kaki, masih lagi tak fikir pasal exam. Haish apa nak jadi ni. Nisa oo nisa. Tak sedaq diri langsung, jangan sampai hang dapat result baru nak menyesal.. Hmm tak tau nak cakap kenapa mood nak study tu tak pernah nak ada dalam diri ni. Perasaan takot, gementar semua ada. Walaupun exam 3 paper tapi yang tiga paper tu lah paling susah. Programming, Algorithm and Discribe Mathematics tiga subject yang menjadikan diri ku tak ketahuan. Pening menguasai diri bila memikirkan  tentang keadaan diri yang tidak terurus. Walaubagaimana pun, harap dapat tabahkan diri, teguhkan iman, kuatkan semangat untuk mengharungi segala dugaan. Apa apa pon Wish Me ALL THE BEST FOR FINAL EXAM. 






 To all my friend, keep calm and all the best to your exam.






hubungan

Tanggal 17 febuari 2015 berakhir lah hubungan aku dengan si dia.. Amat memeritkan, amat memilukan, amat menduka cita.. orang yang aku sayang, orang yang aku sanjung, orang yang aku amat percayai, hancurkan harapan aku, tinggalkan aku dengan begitu mudahnya tanpa ada belasan kasihan, tanpa memikirkan perasaan aku yang sakit. Ya Allah, begitu sakitnya aku pada waktu itu. Dugaan bertalu talu datang, sakit aku pada ketika itu tidak sempat lagi sembuh ditambah lagi sakit yang datang. begitu lemahnya aku. Aku tidak kuat, Aku tidak berdaya lagi pada waktu itu, hanya yang aku tahu adalah menangis.Menangis mengenangkan nasib diri yang malang, menangis kerana rasa diri seperti orang yang diperbodohkan. 
Tiada lagi perkataan "bb", tiada lagi perkataan "syg". Sebagai kawan pon tiada lagi. Hubungan kami begitu terputus. Yang tinggal hanya sisa kenangan kami ketika sewaktu bersama. Kenangan terindah waktu keluar berdua. Pergi Pacific, Sunway, Bukit Bendera, Gurney, Padang Kota dan sebagainya.
Kenangan itu hanya mampu ku simpan dengan sebaik mungkin kerana dia lah org pertama yang betol2 buat aku happy, dia lah orang pertama yang btol2 aku sayang,dia lah org pertama yang buat aku betol2 percayakan dia.. semua tentang dia. Tetapi, dengan mudahnya dia hancurkan kepercayaan aku. Aku pasrah, aku redha, dan aku menyerah, kerana siapalah aku hendak pertikaikan apa yang terjadi.
Mungkin dia bukan jodoh aku, boleh jadi jugak mungkin dia jodoh aku. Hanya tuhan sahaja yang tahu semua itu. Menangis air mata darah sekali pon kalau tuhan tetapkan begitu, begitu lah jadinya.
Hubungan  yang diharap kekal lama, hancur dengan begitu mudah tanpa mengenakan alasan yang kukuh dan munasabah.Redha dengan apa yang terjadi. tinggal lah aku kalau itu yang membuat kau bahagia, aku hanya mampu berdoa semonga kau bahagia di samping orang yang tersayang. Jadi lah insan yang berguna pada semua orang. Sebab aku tau, dan aku sedar aku hanya akan membawa malang kepada engkau, walaupun sakit teruk mana pon aku, aku kena tabah and aku pon terpaksa rela kan hati aku untuk kau lepaskan aku.
sebagai kata terakhir, ingin aku memohon ampun dan maaf jika selama perkenalan kita aku ada terkasar bahasa, membuat kau tergores hati n sebagainya. Hidup diluar sana banyak halangan banyak dugaan, semoga kau kuat untuk tempuhi semua hanlangan dengan tabah dan ikhlas.Jaga diri, jaga maruah, buat yang terbaik untuk kehidupan. Doa aku sentiasa mengiringi kau kerana sayang aku terhadap kau takakn pernah terpadam, Hanya mampu berdoa, semonga Allah satukan kita pada masa hadapan. Insya Allah.