Sekian lama menyepi kini sudah kembali. Apa pon yang terjadi sewaktu aku menyepi itu tak perlu tahu. Biarlah rahsiaa.. acewahh.. Kali ni aku nak cerita pasal seseorang yang telah memikat hati aku. Aku pon taktau ape yang istimewanya aku sampai ada jugak orang nak kat aku, biarlah tuhan sahaja yang tahu.. Mohammad Akmal Hakim Bin Mohd Azri nama yang tersemat dihati. Apa yang boleh aku katakan aku "sayang" dia sangat sangat.. tak dapat nak ungkapkan macam mana.. senior?? yeap dia senior aku, so apa yang pelik nya? kenapa tak boleh nak couple dengan senior?? ni nak bagi tau lah kan, jodoh tak kenal usia..so tak payah nak pertikaikan soal senior ke junior.
Tarikh 22 ogos 2014 adalah tarikh yang telah mengikat kami dalam hubungan couple. tak tau macam mana nak cakap, tepat jam 5.06 p.m dia telah melamar aku untuk jadi kekasihnya.. terharu , gembira , sebak semua ada.. apa pon aku harap dia adalah lelaki terakhir yang datang dalam hidup aku kerana aku hanya mahukan dia dalam hidup aku .aku takot sangat yang aku ni tak sempurna bagi dia. Aku banyak kekurangan, aku tak baik mcm perempuan-perempuan lain. Memang lah org cakap, semua manusia tak sempurna tapi, aku nak aku jadi yang sempurna bagi dia, tapi aku tahu aku tak akan jadi yang sempurna bagi dia.. kalau lah dia tahu pasal aku, mesti dia akan tinggalkan aku.. aku taknak dia tinggalkan aku, aku sayang dia sangat-sangat. Cuma satu jea aku fikir, kalau dia betol betol nak kan aku , dia akan terima semua kekurangan aku.. Tapi aku tahu semua tu kerja Allah sama ada nak satukan kami atau tidak,
Dalam masa 3bulan kami couple, tak pernah sekali pon dia ingat wish anniversary kitaorang, sumpah tak tipu, aku sedih sangat....tapi tak pea aku cuba kuatkan hati aku untuk terima semua alasan dia, sebab aku sayang dia.. Tak pernah lah aku sayang orang macam aku sayang dia, dia lain ngan aku. Sedangkan ex ex aku pon aku tak rasa macam aku ngan dia. Apa yang boleh aku harap, dia takan tinggalkan aku. Dalam masa tiga bulan ni jugak lah pelbagai dugaan dan cabaran yang kami tempuhi, apapon kami still bersama..
Untuk bulan yang seterusnya aku kan ditinggalkan jauh, 6 bulan ditinggalkan. Memang lah tak lama mana, pejam celik pejam celik sekejap jea, tapi bagi aku bertapa siksa nya nak berpisah ngan dia.. Tak dea dah org nak tengok aku kat poli, tak dea dah org nak jmpa aku aku kat poli.. Serius sedihh.. Apa pon aku kena tabahkan hati aku, kuatkan semangat aku untuk terima semua ni. Jauh kea dekat, dia tetap akan ada dihati aku.
awak, awak dah jauh dengan saya nanti awak jagan nakal nakal tau, awak jangan galak-galak tau, awak jangan gedik gedik tau, jaga diri awak tu baik baik.. saya sayangkan awak, terlalu sayangkan awak.. Jauh kea dekat, awak sentiasa dihati saya, saya akan merindui awak, saya akan tunggu awak pulang.Awak jangan risau, saya akan jaga diri saya, kat sini ade kawan-kawan saya boleh tolong tengokkan saya bila saya nakal.. And ade bobo boleh jadi tempat saya bermanja....
saya akan jaga dia baik-baik , saya akan hargai pemberian awak..
Apapon semoga Allah satukan kita. Amin.
Setakat ni saja, dah tak dak mood nak karang panjang panjang sebab rasa nak nagis bila teringat balik, malah kena perli ngan kawan-kawan. ada kea patut cakap aku macam ni "kau ni masa spm taknak tulis karangan , sekarang baru nak karang " hahahhah nak buat macam mana dah kena ayat tu, mood aku pon dah hilang untuk mengarang blog ni... Sekian sahaja .. Wasalam.
No comments:
Post a Comment